Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMAGIC 8S Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Ogos ini

 

Telefon pintar gaming REDMAGIC 8S Pro telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Ogos ini.

Selain itu, REDMAGIC 8S Pro ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih pantas dengan berbanding pada REDMAGIC 8 Pro , kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Beralih ke skrin,  REDMAGIC 8S Pro akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 960Hz. Ianya juga disertakan dengan kamera selfie 16MP in-display.

Ke kamera pula, telefon pintar terbaru gaming syarikat ini juga memiliki sensor utama 50MP ISOCELL GN5, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

 REDMAGIC 8S Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 11.0, termasuk beberapa lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D dengan 2,068 cu.mm. kipas penyejuk pada sisi kini beroperasi pada kadar 20,000rpm dan terdapat lapisan grafit yang meliputi keseluruhan skrin.

Selain itu, REDMAGIC 8S Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 80W yang memberikan pengecasan 0-100% didalam masa 43 minit sahaja.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.