Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 90 5G Series dapat sambutan luar biasa – kunjungi roadshow di 1 Utama pada 26 – 31 Julai ini

Telefon pintar midrange terbaru HONOR 90 5G Series telah mendapat sambutan hangat apabila  pelanggan berpusu-pusu beratur di luar premis kedai HONOR untuk menjadi antara yang terawal memiliki peranti ini. 

Bagi memenuhi permintaan pelbagai lapisan pengguna di Malaysia, HONOR telah melancarkan tiga spesifikasi Siri HONOR 90 5G iaitu versi 12GB RAM + 512GB ROM dan 12GB RAM + 256GB ROM. Manakala, HONOR 90 Lite 5G ditawarkan dalam 8GB RAM + 256GB ROM. Pelanggan kini boleh memilih peranti mengikut kemampuan dan kehendak mereka.

Roadshow One Utama HONOR 90 5G – Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM13,900

 HONOR bakal menyediakan kejutan untuk pengunjung pada roadshow yang akan berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama bermula 26 hinga 30 Julai ini! Pembeli HONOR 90 5G di roadshow di 1 Utama berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai sehingga RM13,900!

Roadshow ini turut bakal penampilan Ke En yang akan menghiburkan pengunjung pada 29 Julai, jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Peminat selebriti China, Yang Yang juga boleh mengambil bahagian untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa. Selain itu, pengunjung boleh mencuba minuman baharu unik gabungan Pepsi & Zus.

 Maklumat lanjut tentang pelancaran HONOR 90 5G layari: https://bit.ly/HONOR90SeriesPR.

ULASAN : HONOR 90 5G – Sensor 200MP kini pada peranti Midrange

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.