Dragon Nest 2: Evolution kini sedia untuk muat turun – telah memperoleh 5 juta pra-pendaftaran
Selepas memperoleh lebih 5 juta pra-pendaftaran sejak diumumkan, Dragon Nest 2: Evolution kini tersedia untuk pemain memuat turun dan menyertai pengembaraan epik didalam permainan video ini.
Sempena meraikan pelancaran Dragon Nest 2: Evolution yang dinanti-nantikan, kumpulan muzik Jepun Tsukuyomi telah mengeluarkan lagu tema bertajuk, If I Knew It Was A Dream. Lagu ini adalah gabungan bahasa Inggeris dan Jepun, memberikan pendengar dan pemain pengalaman mendengar yang unik.
Pemain yang berminat boleh mendaftar melalui Apple App Store, Google Play Store, Huawei App Gallery dan Samsung Galaxy Store untuk menyertai keseronokan dan menikmati pelbagai insentif pelancaran yang menarik.