Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 90 5G kini rasmi di Malaysia dengan sensor 200MP dan cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition

Honor secara rasminya telah memperkenalkan  Honor 90 5G di Malaysia yang merupakan telefon pintar pertama syarikat ini dengan sensor 200MP.

Honor 90 5G tampil dengan skrin paparan 1-bilion warna AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2664 x 1200 piksel dengan kadar 120Hz, HDR dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits. Panel ini juga hadir kadar PWM Dimming tertinggi dipasaran iaitu 3,840Hz yang memastikan kesihatan mata yang terbaik.

Selain itu, panel hadapan juga menempatkan kamera selfie iaitu  sensor 50MP manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 200MP ISOCELL HP3 yang mempunyai aperture f/1.9, sensor ultrawide 12MP dan sensor depth 2MP. tiada OIS disertakan.

Selain itu, Honor 90 5G ini akan dijana cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition, 12GB RAM bersama storan 256GB atau 512GB dan MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13.

Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W  dan GPU Turbo X.

HONOR 90 5G akan ditawarkan di Malaysia didalam warna pada harga dari RM 1,799 bagi versi 12/256GB dan RM 2,999 bagi versi 12/512GB.

HONOR 90 5G akan di tawarkan bermula 22 Julai ini dengan ganjaran sehingga RM 647 yang termasuk HONOR Earbud X5, 180 hari pelan perlindungan skrin dan 1 tahun lanjutan waranti.

HONOR juga akan memberikan RM 150 kredit eWallet bagi pembelian HONOR 90 5G pada 22 Julai sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.