Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan sensor 100MP dan cip Dimensity 7050 – RM 1,499

realme 11 Pro 5G Malaysia

realme secara rasminya telah memperkenalkan realme 11 Pro Series 5G di Malaysia yang terdiri daripada dua model iaitu realme 11 Pro 5G dan realme  11 Pro+ 5G.

Artikel ini kita akan memperkatakan tentang realme 11 Pro 5G.

Realme 11 Pro 5G

realme 11 Pro tampil dengan rekaan panel belakang yang unik dengan kombinasi modul kamera bulat bersama kulit vegan yang premium hasil rekaan bekas pereka Gucci iaitu Matteo Menotto

realme 11 Pro juga memiliki sensor utama 100MP f/1.75 dengan lensa 26mm dan OIS, ianya juga disertakan kamera makro 2MP dan terdapat kamera selfie 16MP.

Selain itu, 11 Pro ini tampil dengan skrin paparan curved OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel 10-bit ini juga menyokong HDR10+, 100% liputan DCI-P3, kecerahan maksima 950nits dan PWM Dimming 2,160Hz.

Selain itu, realme 11 Pro 5G dijana cip 6nm Dimensity 7050,  12GB RAM, storan dalaman 256GB dan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 14.

Seterusnya, realme 11 Pro 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W yang memberikan 50 pengecasan dalam 18 minit dan Hi-Res Audio.

realme 11 Pro 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,499 didalam tiga warna iaitu Astral Black, Sunrise Beige dan Oasis Green.

Jualan awal realme 11 Pro 5G akan bermula pada 21 Julai di stor rasmi realme di Lazada, Shopee dan TikTok dengan setiap pembelian akan menerima realmeow, 6 bulan waranti tambahan dan 6 bulan waranti skrin.

Seterusnya, realme 11 Pro+ 5G akan mula dibuka untuk pra-tempahan di realme Brand Store dari 21 Julai hingga 27 Julai dengan setiap pembelian akan menerima realmeow edisi khas, koleksi Artisan Leather dan peluang untuk memenangi beg tangan GUCCI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.