Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27″ – Monitor mini-LED untuk kepuasan gaming maksima

REDMAGIC Gaming Monitor 27"Pengenalan

Walaupun bermula sebagai sebuah syarikat yang mengeluarkan telefon pintar gaming secara eksklusif, REDMAGIC telah mengembangkan portfolio produk mereka dengan menawarkan aksesori gaming seperti papan kekunci gaming dan monitor.

REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27″ ialah monitor pertama keluaran syarikat dan ianya tamlil dengan panel miniLED  yang menawarkan kecerahan maksimum yang tinggi, kontras yang bagus selain sokongan HDR1000.

Menariknya, panel 4K REDMAGIC Gaming Monitor ini juga menawarkan kadar segar semula sehingga 160Hz dan menawarkan kadar latensi yang rendah menjadikanya ideal kepada peminat gaming PC atau konsol gaming seperti PlayStation 5 dan Xbox 360.

Walaubagaimanapun, halangan terbesar bagi monitor ini untuk bersaing dengan lebih kompetitif sudah pastinya adalah harga monitor ini yang ditawarkan sekitar RM 3,999 di Malaysia.

 

Buka Kotak REDMAGIC Gaming Monitor

Monitor ini hadir didalam kotak gergasi yang menempatkan semua yang anda perlukan untuk menikmati gaming sepenuh hati.

Bersama monitor bersaiz 27-inci ini, anda juga akan menerima  kabel HDMI, DisplayPort, kabel USB-C, kabel USB-A ke USB-B dan adapter kuasa yang agak besar.

Selain itu, terdapat juga 4 bolt VESA 75 x 75mm untuk pemasangan di dinding.

Rekaan

REDMAGIC Gaming Monitor mempunyai rekaan yang memiliki astetik sebuah peranti gaming dan ianya tampil dengan panel plastik dengan kemasan hitam matte yang tampak kemas dan elegan sepanjang masa.

Pada bahagian belakang, terdapat lampu RGB LED berbentuk segitiga mengelilingi stand yang juga diperbuat daripada plastik yang sedikit mengecewakan pada monitor premium seperti ini.

Ia menawarkan pelarasan menegak,  memusing, mencondongkan dan memutar monitor dalam mod potret dan monitor ini juga mempunyai sensor accelerometer terbina yang menawarkan peralihan automatik antara mod yang sesuai dalam Windows.

Selain itu, stand monitor juga mempunyai penyangkutfon kepala anda dan stand plastik juga boleh ditanggalkan untuk anda menguruskan kabel supaya lebih kemas dan teratur.

Seterusnya, terdapat satu joystick ‘mini’ dan tiga butang fizikal yang boleh digunakan untuk anda mengkases menu namun ianya diletakkan dibahagian belakang monitor dan sudah pastinya akan mengambil masa untuk biasa dengan navigasi menu tersebut.

Perhubungan

REDMAGIC Gaming Monitor 4K ini menawarkan pelbagai port sambungan tetapi tidak mudah untuk untuk dicapai ini menyebabkan pemasangan cabel ini juga agak sukar kerana penyambung berada dalam ruang yang kecil jadi menjadikan pemasangan kabel adalah sedikit mencabar kesabaran.

Monitor ini mempunyai 2x port HDMI 2.1, 1x DisplayPort 1.4, penyambung USB-C yang menyokong pengecasan sehingga 90W, pemindahan data dan input video. Terdapat juga dua port USB-A 3.0 dan bicu audio 3.5mm.

Walaubagaimanapun penyambung HDMI 2.1 ini menghadkan kadar segar semula kepada 120Hz pada resolusi 2160p, yang bermaksud jika anda mahu menikmati kadar penyegaran maksima pada resolusi 4K, anda harus menggunakan sambungan DisplayPort.

Prestasi Monitor

Monitor gaming REDMAGIC ini menyokong kadar penyegaran 160Hz, waktu tindak balas 1ms, overdrive 4.5ms dan sokongan Nvidia FreeSync.

Selain itu, monitor ini juga menawarkan mempunyai profil permainan pratetap yang boleh diubah mengikut genre gaming anda.Agak mengecewakan, monitor ini tdak menawarkan ciri tetapan kecerahan automatik atau kontras dinamik.

Berbanding dengan panel LCD IPS , pengalaman HDR adalah lebih baik secara keseluruhan.

Secara keseluruhan, pengalaman menggunakan monitor ini sudah pastinya amat memuaskan. Ia menawarkan warna yang terang, hitam yang sangat pekat sesuai dengan penggunaan panel mini-LED.

Penutup

Tidak seperti telefon REDMAGIC, Monitor Gaming syarikat ini 4K mempunyai harga yang hampir sama seperti monitor miniLED yang lain dipasaran namun tidak kira mana pilihan anda, monitor ini harus diberi pertimbangan serius.

Jika anda berminat, REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27″ boleh dibeli pada harga RM 3,999 di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.