Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix HOT 30 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 6020 dan skrin 120Hz LCD

Infinix Hot 30 5G

Infinix secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar terbaru Infinix HOT 30 5G di India.

HOT 30 5G tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Terdapat juga kamera selfie punch-hole 8MP.

Infinix HOT 30 5G dijana cip MediaTek Dimensity 6020, 4GB atau 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan XOS 13 yang berasaskan Android 13.

Dalam pada itu, HOT 30 5G juga memiliki sensor utama 50MP bersama sensor AI dan flash LED dibahagian belakang. Ianya juga memiliki bateri 6,000mAh bersama pengecasan pantas 18W.

Lain-lain spesfikasi HOT 30 5G adalah sensor capjari pada butang kuasa, pembesar suara stereo dan bicu audio 3.5mm.

Infinix HOT 30 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Aurora Blue dan Knight Black dengan harga dari INR 12,499 (RM 689).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.