Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,999 – turut ditawarkan bersama YES 5G

Nothing Phone (2) telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia selang beberapa hari sahaja selepas pelancaran global.

Nothing Phone (2) adalah generasi kedua daripada syarikat diasaskan oleh Carl Pei yang kali tampil lebih premium dengan penambahbaikan pada rekaan dan pada bahagian dalaman.

Menariknya, Phone (2) tampil dengan rekaan yang lebih bulat pada sudut dan ini membolehkanya lebih selesa untuk dipegang manakala lampu Glyph pada bahagian belakang kini terdiri daripada 11 segmen LED dengan 33 zon LED selain turut menawarkan animasi lampu untuk kelantangan bunyi dan timer.

Nothing Phone (2) mempunyai skrin paparan OLED LTPO berukuran 6.7-inci yang merupakan panel 10-bit yang mampu memaparkan 1 bilion warna dan ianya juga mempunyai kadar segar semula 1Hz-120Hz.

Selain itu, Nothing Phone (2) juga tampil dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB RAM atau 12GB dan kombinasi storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 3.1

Beralih kepada kamera pula, Nothing Phone (2) memiliki dua unit kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 50MP Sony IMX890 dengan OIS dan satu sensor ultrawide 114⁰ 50MP JN1. Kamera selfie adalah 32MP Sony IMX615.

Ke bahagian bateri, Phone (2) tampil dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan reverse charging 5W. Tiada adapter pengecasan disertakan dalam kotak.

Selain itu, Nothing Phone (2) akan hadir dengan antaramuka Nothing OS 2.0 yang berasaskan Android 13 dengan komitmen untuk menawarkan 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Akhir sekali, Phone (2) akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan putih pada harga dari RM 2,999 bagi versi 12/256GB dan 3,499 bagi versi 12/512GB. Pembelian terawal akan bermula esok (15 Julai 2023 di lokasi dibawah sebelum jualan rasmi bermula pada 22 Julai 2023.

Berikut adalah maklumat lokasi “Nothing Drops” di Malaysia :

Alamat: CROSSVER MID VALLEY
T-025, Tingkat 3 (South Court)Mid Valley Megamall 59200, Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh: 15 Julai 11:00 Pagi MYT

Produk yang akan ditawarkan : Phone (2), Ear (2) Black

Selain itu,  Nothing Phone (2) akan turut ditawarkan melalui pelan pascabayar YES 5G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.