Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Neo 5G kini rasmi di Malaysia – Skrin 120Hz dan 5G pada harga RM 899

nubia neo 5G malaysia

nubia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar nubia Neo 5G di Malaysia pada harga RM 899.

nubia Neo 5G memiliki skrin paparan Ultra Smooth Display berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Telefon pintar ini dijana cip 6nm UNISOC T820 yang turut membawakan sokongan 5G, 8GB RAM + 10GB Virtual RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Neo 5G ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 50MP + 2MP dan kamera selfie 8MP. Ianya turut dilengkapi bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 22.5W dan sistem penyejukan berbilang lapis.

Seterusnya, nubia Neo 5G ini juga sensor capjari terbina pada butang kuasa, pembesar suara DTX : Ultra dan reka bentuk yang pasti mencuri tumpuan.

Akhir sekali, nubia Neo 5G didatangkan didalam dua warna iaitu Phantom Black dan War-Damaged Yellow pada harga RM 899.

Pra-tempahan telefon pintar ini kini telah dibuka iaitu pada harga RM 829 sahaja dan setiap pra-tempahan akan menerima Red Magic Turbo Cooler (bernilai RM269)   namun hanya terhad kepada 50 pembeli pertama.

Beli nubia Neo 5G di : https://shp.ee/4acmwym

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.