Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y27 4G akan ditawarkan di Malaysia bermula 15 Julai – RM 699 sahaja

vivo secara rasminya telah mengumumkan penawarna vivo Y27 4G di Malaysia bermula 15 Julai ini pada harga RM 699.

vivo Y27 4G  memiliki skrin paparan Sunlight Display FHD+ berukuran 6.64-inci

Pada bahagian dalaman, vivo Y27 4G dilengkapi cip MediaTek G85, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB serta Extended RAM yang memberikan tambahan 6GB RAM.

Ke bahagian kamera, vivo Y27 4G memiliki sensor 50MP + 2MP . Kamera selfie adalah 8MP.

Selain itu, vivo Y27 4G  juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 44W FlashCharge,

vivo Y27 4G akan ditawarkan untuk pembelian bermula 15 Julai pada harga RM 699 dan terdapat dua pilihan warna iaitu Sea Blue dan Burgundy Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.