Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V2 dilancarkan sebagai telefon pintar foldable ternipis

HONOR Magic V2

Honor secara rasminya telah memperkenalkan generasi ketiga telefon pintar foldable mereka iaitu Honor V2 yang merupakan telefon pintar foldable terpinis didunia dengan ketebalan 9.9mm (4.7mm ketika dibuka sepenuhnya) dengan berat 231gram.

Honor Magic V2 menampilkan mekanisme engsel unibodi tanpa gear yang menggunakan penutup aloi titanium cetakan 3D yang dibangunkan sendiri oleh Honor. Mekanisme lipatan juga menggunakan skru tersuai dalam komponen engsel. Tiada sebarang penarafan IP diumumkan namun semua komponen dalaman telah disaluti salutan P2i.

Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic V2 memiliki skrin paparan  LTPO OLED berukuran 7.92-inci namun kadar segar semula yang dimiliki skrin ini adalah 120Hz dengan kecerahan maksima 1,600 nits dan kadar PWM dimming. panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1 bilion warna dan HDR10+. Terdapat kamera selfie 16MP.

Honor Magic V2 hadir dengan skrin paparan cover 10-bit OLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima 2,500nits. Skrin ini juga mempunyai sokongan stylus yang pasti memudahkan catitan nota.

Selain itu, Honor Magic V2 hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 2 dengan OS Turbo X,  12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Dalam pada itu, Magic V2 Ultimate memiliki konfigurasi 16GB/1TB.

Beralih kepada kamera, Honor Magic V2 tampil dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/1.9 dan OIS, sensor ultrawide 50MP f/2.0 dan sensor telefoto 20MP dengan 2.5x zoom optik dan OIS.

Honor Magic Vs juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang terdiri daripada sel bateri silikon karbon dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang menawarkan 100% pengecasan didalam masa 46 minit sahaja.

Honor Magic V2 akan ditawarkan didalam warna Black, Silk Black, Silk Purple dan Gold pada harga yabg bermula dari CNY 8,999 (RM 5,708).

Honor Magic V2 Ultimate

Pelancaran global Honor V2 akan berlangsung tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.