Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) kini rasmi – lebih premium dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1

Selepas dihangatkan sehangat hangatnya,  telefon pintar paling ‘hype’ dipasaran ketika ini iaitu Nothing Phone (2) telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaean global.

Nothing Phone (2) adalah generasi kedua daripada syarikat diasaskan oleh Carl Pei yang kali tampil lebih premium dengan penambahbaikan pada rekaan.

Menariknya, Phone (2) tampil dengan rekaan yang lebih bulat pada sudut dan ini membolehkanya lebih selesa untuk dipegang manakala lampu Glyph pada bahagian belakang kini terdiri daripada 11 segmen LED dengan 33 zon LED selain turut menawarkan animasi lampu untuk kelantangan bunyi dan timer.

Nothing Phone (2) mempunyai skrin paparan OLED LTPO berukuran 6.7-inci yang merupakan panel 10-bit yang mampu memaparkan 1 bilion warna dan ianya juga mempunyai kadar segar semula 1Hz-120Hz.

Selain itu, Nothing Phone (2) juga tampil dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB RAM atau 12GB dan kombinasi storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 3.1

Beralih kepada kamera pula, Nothing Phone (2) memiliki dua unit kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 50MP Sony IMX890 (OIS + EIS) dan satu sensor ultrawide 114⁰ 50MP JN1. Kamera selfie adalah 32MP Sony IMX615.

Ke bahagian bateri, Phone (2) tampil dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan reverse charging 5W. Harus juga kami maklumkan bahawa didalam kotak pembelian tiada adapter pengecasan disertakan.

Selain itu, Nothing Phone (2) akan hadir dengan antaramuka Nothing OS 2.0 yang berasaskan Android 13.

Akhir sekali, Phone (12) akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan putih pada harga dari $599 (RM 2,789).

Bagi pengguna di Malaysia, Nothing Phone (2) akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Julai dengan pembelian terawal bermula pada 15 Julai.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.