Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M34 5G kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz dan bateri 6,000mAh

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy M34 5G untuk pasaran India.

Samsung Galaxy M34 5G ini memiliki skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.5″ yang turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5, Cip Exynos 1280, 6GB RAM, 128GB storan dalaman dan 4 tahun kemaskini Android serta 5 tahun kemaskini keselamatan.

Selain itu, Galaxy M34 5G juga memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri dari sensor utama 50MP bersama OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 5MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Seterusnya, Galaxy M34 5G ini juga dilengkapi bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Akhir sekali, Galaxy M34 5G ini ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Midnigt Blue, Prism Silver dan Waterfall Blue pada harga dari INR 18,999 (RM 1,037).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.