Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan lancar model Redmi baharu pada 7 Julai ini

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu model telefon pintar Redmi akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai ini.

Berdasarkan teaser yang dikongsikan oleh Xiaomi Malaysia, ianya akan menjadi sebahagian daripada Xiaomi Redmi Note 12 Series yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini.

Buat masa ini masih belum ada pengesahan rasmi mengenai model terbaru Redmi ini namun terdapat kemungkinan ianya adalah Redmi Note 12R atau Redmi Note 12 Turbo yang diperkenalkan baru-baru ini di China.

Memandangkan teaser ini turut dikongsikan oleh Xiaomi Malaysia, adalah hampir pasti ianya akan ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.