Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V2 akan dilancarkan pada 12 Julai ini – rekaan lebih nipis

Honor Magic V2

Honor Magic V2 telah disahkan akan dilancarkan pada 12 Julai ini dan teaser pertama mengenai telefon pintar ini telah dikeluarkan.

Honor Magic V2 dikelaskan sebagai lonjakan seterusnya dalam dunia telefon pintar foldable . Tajuk poster itu berbunyi “Dari kemajuan kepada evolusi”.

Selain itu, ketua pegawai eksekutif Honor, George Zhao juga mendakwa bahawa Honor Magic V2 akan merevolusikan pengalaman peranti foldable.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Honor Magic V2 akan memiliki skrin paparan utama LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar frekuensi PWM Dimming yang lebih tinggi. Ianya juga dikatakan akan ditawarkan didalam dua pilihan cipset iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih premium.

Selain itu, kedua versi ini juga akan mempunyai sehingga 16GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 50W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.