Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 FE 5G 2023 di sahkan secara rasmi untuk pasaran India

Samsung Galaxy S21 FE 5G 2023

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan melancarkan Samsung Galaxy S21 FE dengan cipset baharu dipasaran India.

Samsung Galaxy S21 FE telah dilancarkan pada Januari 2022 dan telefon pintar ini akan dilancarkan semula dengan nama Samsung Galaxy S21 FE 5G 2023 yang dikuasakan cip Snapdragon 888.

Memandangkan pasaran India hanya menerima telefon pintar ini dengan cip Exynos 2100, ianya boleh diklasifikasikan sebagai model baharu untuk pasaran itu dan ianya juga akan tampil didalam pilihan warna baharu iaitu Navy Blue.

Selain daripada itu, spesifikasi Samsung Galaxy S21 FE 5G 2023 adalah sama seperti Galaxy S21 FE iaitu skrin 2X Dynamic AMOLED, sensor utama 12MP, bateri 4,500mAh dengan pengecasan 25W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.