Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 11 Pro – Pandang Pertama telefon pintar premium midrange terbaru

HUAWEI nova 11 Pro Malaysia

HUAWEI nova 11 Series

Selepas kejayaan pelancaran HUAWEI P60 Series, HUAWEI kini bersedia untuk melancarkan telefon pintar terbaru HUAWEI nova 11 Series di Malaysia pada 6 Julai ini.

HUAWEI nova 11 Series akan terdiri daripada dua model iaitu HUAWEI nova 11 dan HUAWEI nova 11 Pro yang mana kedua-dua model ini dijangka akan mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan pengguna di Malaysia.

Pihak HUAWEI Malaysia telah menghantar kami satu unit telefon pintar HUAWEI nova 11 Pro dan berikut adalah pandang pertama telefon pintar ini.

HUAWEI nova 11 Pro

Rekaan Monogram Vegan Leather

HUAWEI nova 11 Pro tampil dengan rekaan Monogram Vegan Leather yang pertama kali digunakan pada telefon pintar nova Series dan ianya diperbuat daripada kulit vegan berkualiti tinggi yang terpilih dan tahan lasak.

Selain itu, profil peranti yang nipis iaitu dengan ketebalan 7.88mm dan berat 188 gram memastikan ianya sentiasa selesa untuk digunakan sepanjang masa.

HUAWEI nova 11 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Green dan Black.

HUAWEI nova 11 Pro - Pandang Pertama telefon pintar premium midrange terbaru 1

Gelas Keselamatan Kunlun Glass

Selepas ditawarkan pada telefoto pintar kelas flagship HUAWEI Mate50 Pro dan HUAWEI P60 Series, HUAWEI nova 11 Pro menjadi telefon pintar ketiga untuk menampilkan penggunaan gelas tahan lasak terbaik dipasaran yang menawarkan ketahanan 10 kali ganda lebih baik berbanding gelas keselamatan lain dipasaran. Panel gelas ini menerima penarafan 5 bintang daripada SGS Switzerland.

HUAWEI nova 11 Pro - Pandang Pertama telefon pintar premium midrange terbaru 2

Kamera selfie terbaik 60MP + 8MP dengan XD Portrait

HUAWEI nova 11 Pro boleh dikatakan sebagai telefon pintar dengan sistem kamera selfie terbaik dipasaran dengan penggunaan  sensor selfie 60MP yang memiliki pemfokusan auto Full-Pixel Precise Focus dan 100° FoV.

Selain itu, sensor selfie 60MP ini juga dipadankan bersama sensor 8MP yang menawarkan anda zoom optik 2x dan zoom digital sehingga 5x

HUAWEI nova 11 Pro - Pandang Pertama telefon pintar premium midrange terbaru 3

Pengecasan Pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo

nova 11 Pro memilik bateri berkapasiti 4,500nAh yang turut disertakan bersama  pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo yang mampu mengecas ke tahap 60% didalam masa 10 minit atau mencapai kapasiti penuh didalam masa 20 minit sahaja.

HUAWEI nova 11 Pro - Pandang Pertama telefon pintar premium midrange terbaru 4

Akses mudah dan selamat ke aplikasi berkait Google

HUAWEI nova 11 Pro kini tampil dengan akses kepada pelbagai aplikasi popular Google secara terus dari HUAWEI AppGallery tanpa sebarang kerumitan dan bahaya kepada data pengguna.

Akhir sekali, HUAWEI nova 11 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.