Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia acah pelancaran Honor 90 – memiliki sensor utama 200MP

Honor 90

Honor Malaysia dilihat telah mengacah pelancaran telefon pintar baharu mereka tidak lama lagi dan poster yang dimuat naik di akaun media sosial syarikat ini mendedahkan telefon pintar yang bakal dilancarkan ini adalah Honor 90.

Menariknya Honor 90 adalah telefon pintar pertama Honor yang akan dilengkapi sensor utama 200MP dan pengumuman ini juga susulan pengesahan bahawa Honor 90 akan dilancarkan untuk pasaran global pada 6 Julai ini.

Honor 90 ini tampil dengan skrin paparan 1-bilion warna AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2664 x 1200 piksel dengan kadar 120Hz, HDR dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits.

Selain itu, panel hadapan juga menempatkan kamera selfie iaitu  sensor 50MP manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 200MP ISOCELL HP3 yang mempunyai aperture f/1.9, sensor ultrawide 12MP dan sensor depth 2MP. tiada OIS disertakan.

Selain itu, Honor 90 ini akan dijana cip Snapdragon 7 Gen 1, dua pilihan RAM iaitu 12GB atau 16GB, storan sehingga 512GB dan MagicOS yang berasaskan Android 13.

Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W , pembesar suara stereo dan GPU Turbo X.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.