Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 3 5G akan dilancarkan pada 5 Julai ini

OnePlus Nord 3 5G

OnePlus hari ini telah mendedahkan penampilan pertama OnePlus Nord 3 5G, menjelang pelancaran globalnya pada 5 Julai 2023.

OnePlus Nord 3 5G direka untuk memberikan pengguna sebuah telefon pintar dengan prestasi yang terbaik dan reka bentuk tulen.

OnePlus Nord 3 5G akan tampil di dalam satu pilihan warna yang menarik iaitu Misty Green yang direka untuk memberikan rasa berbeza kepada telefon kelas midrange terkini daripada OnePlus.

Maklumat lanjut tentang OnePlus Nord 3 5G akan didedahkan pada acara pelancarannya pada 5 Julai 2023 dan telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.

Untuk menonton acara pelancaran dan mengikuti perkembangan terkini OnePlus Nord 3 5G, lawati laman rasmi OnePlus Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.