Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 12R bakal dilancarkan – telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 4 Gen 2

Redmi Note 12R

Xioami sebelum ini telah memperkenalkan Xiaomi Redmi Note 12R Pro di China dan kini tiba giliran Xiaomi Redmi Note 12R pula untuk menyusul dan ianya akan menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan cip Snapdragon 4 Gen 2.

Walaubagaimanapun, cip Snapdragon 4 Gen 2 ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm dan ianya dikatakan diperbuat daripada proses fabrikasi 4nm Samsung yang turut disertakan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, penyenaraian di laman sesawang China Telecom juga telah mendedahkan beberapa spesifikasi utama telefon pintar ini antaranya adalah skrin paparan FHD+ berukuran 6.79-inci, sensor utama 50MP bersama sensor 2MP, bateri 5,000mAh dan bicu audio 3.5mm.

Akhir sekali, China Telecom juga telah mengesahkan bahawa Xiaomi Redmi Note 12R akan dilancarkan di China pada 30 Jun.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.