Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google pertimbang alihkan pengeluaran telefon pintar Pixel ke India

Google Pixel

Laporan terbaru Bloomberg News mendakwa bahawa Google sedang berusaha untuk mengalihkan sebahagian pengeluaran telefon pintar Pixel ke India.

Menurut sumber yang rapat, Google sedang didalam perbincangan dengan Foxconn India, Dixon Technologies dan Lava International sebagai rakan pengeluar telefon pintar Pixel di India. India dilihat sebagai satu hub pengeluaran alternatif selepas China susulan daripada impak negatif daripada wabak Covid dan polisi yang ketat.

Selain Google, Apple juga telah mengalihkan pengeluaran iPhone ke India sejak tahun 2017 dan ianya juga menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran di India kepada 25% menjelang tahun 2025 dan sehingga 50% menjelang tahun 2027.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.