Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kredit RM 200 eBeliaRahmah boleh ditebus mulai 26 Jun ini

Kredit RM 200 eBeliaRahmah

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa pendaftaran bagi kredit RM 200 dibawah program eBeliaRahmah akan dibuka pada 26 Jun ini.

Seramai 2 juta belia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun atau merupakan pelajar sepenuh masa di insitut pengajian tinggi (IPT) layak menerima bantuan ini.

Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tuna (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.

Seterusnya, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan -dompet terlibat bole dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Selain itu, RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program in, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Penebusan ini boleh dilakukan melalui tiga penyedia edompet iaitu Boost, Touch n Go eWallet dan Setel.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.