Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Ultra kini rasmi di Malaysia pada harga RM 5,199

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flaghsip premium Xiaomi 13 Ultra ke pasaran Malaysia dengan harga RM 5,199.

 

Xiaomi 13 Ultra adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada kamera dan telefon pintar ini memiliki 4 sensor dibahagian belakang hasil kerjasama Leica dan dilapisi gelas yang dikenali sebagai lensa Leica Vario-Summicron 1:1.8-3.0/12-120 ASPH.

Sensor utama Xiaomi 13 Ultra ini adalah sensor 1-inci 50MP IMX989 dengan lensa 23mm yang memiliki pengstabilan OIS dan dua tahap aperture fizikal iaitu f/1.9 dan f/4.0.

Selain itu, tiga sensor lain pada Xiaomi 13 Ultra ini adalah 50MP IMX858 iaitu satu lensa 75mm yang mempunyai aperture f/1.8 dengan OIS dan zoom 3.2x, satu lensa periskop 5x zoom dengan aperture f/3.0 dan sensor ultrawide 12mm f/1.8 dengan pemfokusan auto yanh turut menyokong fotografi makro pada jarak 5cm.

Dalam pada itu, kamera selfie yang digunakan adalah sensor 32MP f/2.0.

Selain itu, kerjasama dengan Leica juga membawakan dua mod warna iaitu Leica Vibrant dan Leica Authentic, mod UltraRAW 50MP yang memberikan anda format fail 14-bit DNG dan mod fotografi jalanan yang dikenali sebagai Fast Shot yang membolehkan menetapkan jarak fokus dan mengambil masa didalam masa 0.8saat sahaja.

Dalam pada itu, Xiaomi 13 Ultra tampil dengan rekaan modul kamera seperti kamera bulat tradisitonal dan ianya diperkemaskan dengan  kulit silikon nanoteknologi antibakteria mencapai kadar antibakteria sehingga 99%.

Seterusnya, Xiaomi 13 Ultra akan turut memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.73-inci dengan resolusi QHD+, sokongan kadar segar semula adaptive 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 2,600nits.

Ianya turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman UFS 4.0 berkapasiti 256GB. Cip ini juga dipadankan bersama sistem penyejukan Loop LiquidCool.

Selain itu, Xiaomi 13 Ultra juga memiliki bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 90W bersama pengecasan tanpa wayar 50W dan ianya dikawal selia oleh cipset Surge P2 dan Surge G1 untuk ketahanan bateri yang lebih panjang.

Xiaomi 13 Ultra akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Black, Olive Green pada harga RM 5,199 dengan pra-tempahan dibuka bermula 23 Jun ini.

Selain itu, Xiaomi juga telah mengumumkan promosi pra-tempahan yang menawarkan ganjaran tambahan bernilai sehingga RM 1,171 yang termasuk XIAOMI Instant Photo Printer 1S Set (RM 619), 6 bulan pelan Google One 100GB dan 1 tahun lanjutan waranti.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.