Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Konsol Gaming ‘handheld’ Asus ROG Ally kini rasmi di Malaysia – RM 3,299

ROG Ally Malaysia

Asus secara rasminya telah melancarkan konsol gaming mudah alih syarikat ini iaitu Asus ROG Ally yang beroperasi pada Windows 11 

Asus ROG Ally dilancarkan sebagai pencabar kepada Steam Deck dan ianya akan menyokong pelbagai platform gaming berasaskan cloud seperti Steam dan Xbox Game Pass, EA App dan Epic Games.

Sebagai sebuah konsol gaming mudah alih, Asus ROG Ally akan tampil dengan rekaan yang sangat ergonomik untuk memastikan ianya mudah dipegang dan ianya juga mempunyai berat 608 gram serta sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling.

Dalam pada itu,  Asus ROG Ally memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 500nits.

ROG Ally ini ditawarkan didalam dua jenis cipset iaitu  cip AMD Ryzen Z1 dan AMD Ryzen Z1 Extreme , sehingga 16GB RAM LPDDR5, storan dalaman SSD PCLe Gen4 M.2 berkapasiti 256GB atau 512GB dan sokongan external GPU ( hanya versi Z1 Extreme ditawarkan di Malaysia).

Untuk pengalaman gaming yang lebih memuaskan, ROG Ally juga dilengkapi pembesar suara stereo Dolby Atmos dibahagian hadapan dan slot microSD.

Bercakap mengenai bateri, ROG Ally juga memiliki bateri 40Wh bersama adapter pengecasan PD 65W , dwi-kipas dan paip tembaga untuk penyejukan.

Untuk kawalan, ROG Ally menawarkan dua stick  jari analog dengan sentuhan kapasitif dan pencahayaan RGB, pad D, butang ABXY, trrigger Hall Effect kiri dan kanan serta dua butang cengkaman yang boleh di pra-tetap pada bahagian belakang.

Selain itu, konsol gaming ini juga tampil dengan slot USB-C yang menyokong USB 3.2 Gen2, slot untuk sambungan GPU, slot kad microSD yang menyokong kad UHS-II, bicu audi set kepala dan mikrofon, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2.

Akhir sekali, ROG Ally versi Z1 Extreme (16/512GB) akan ditawarkan pada harga RM 3,299 dan jualan rasmi akan bermula pada 1 Julai 2023 di Roadshow ROG, Plaza Lowyat Concourse dan pengedar sah ROG Ally di seluruh negara dengan disertakan promosi menarik seperti pada gambar dibawah.

Selain itu, Asus juga menawarkan  ROG Ally Travel Case bernilai RM 199 dan ROG Gaming Charger Dock  HDMI 2.0 pada harga RM 299.

Untuk meningkatkan pengalaman permainan terbaik, sambungkan ROG Ally ke XG Mobile yang memberikan kuasa grafik setaraf GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX 4090, bersama-sama dengan semua port yang diperlukan untuk menyambungkan peranti anda dan monitor luaran.

  • XG MOBILE RTX4090 – GC33Y – RM 9999
  • XG MOBILE RTX3080 – GC31S – RM 7999
  • XG MOBILE RX 6850M XT – GC32L – RM 6999

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.