Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Berikut adalah senarai peranti Samsung yang akan menerima One UI 6.0 yang berasaskan Android 14

Samsung One UI 6.0 Beta dijangka akan bermula pada bulan Julai ini dan SamMobile telah mengeluarkan senarai model yang akan menerima kemaksini Android 14.

Memandangkan Samsung telah menyatakan sokongan kemaskini Android dengan jelas, adalah mudah untuk kita menyenaraikan model telefon pintar yang akan menerima kemaskini One UI 6.0 yang berasaskan Android 14 ini.

Pertama, Samsung Galaxy S21 Series dan ke atas dijangka akan menerima kemaskini terbaru ini bersama Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Fold4, Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Flip4.

Dalam pada itu, telefon pintar Galaxy A Series yang akan menerima kemaskini terbaru ini adalah Galaxy A73, A72, A54, A53, A52, A34, A33, A24, A14, A13 dan A04s.

Selain itu, Galaxy M54, Galaxy M53 5G, Galaxy M33 5G, Galaxy M23,  Galaxy F54, Galaxy F23, Galaxy F14 5G, Galaxy Xcover 6 Pro dan Galaxy Tab S8 Series juga dijangka akan menerima kemaskini One UI 6.0 ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.