InDrive telah menerima lesen operasi e-hailing dari APAD
Perkhidmatan e-hailing InDrive kini disahkan telah menerima lesen daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk memulakan operasi secara sah di Malaysia.
Indrive yang dikenali sebagai Indriver sebelum ini telah dilarang untuk beroperasi secara sah di Malaysia kerana tidak memperbaharui lesen.
Menurut InDrive, ia telah menerima lesen daripada APAS pada 15 Jun 2023 selepas aplikasi InDrive disemak untuk memastikan ia memenuhi semua keperluan yang diperlukan, menjanjikan ia komited untuk mematuhi undang-undang dan menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai.
Walaupun telah beroperasi secara sah, kami masih tidak lagi boleh memuatnaik aplikasi ini di Google Play Store ataupun Apple App Store.