Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Julai ini

Nothing Phone 2

Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran Nothing Phone (2) akan berlangsung pada 11 Julai iaitu satu tahun selepas pelancaran Nothing Phone (1) pada 12 Julai tahun lalu.

Nothing Phone (2) juga akan dikategorikan sebagai telefon pintar kelas flagship khususnya dengan pengesahan bahawa ianya akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain itu, telefon pintar generasi baharu Nothing Phone ini juga akan memiliki skrin paparan AMOLED 6.67-inci, bateri 4,700mAh dan 3 tahun kemaksini Android serta 4 tahun kemaskini keselamatan.

Dari segi rekaan, Nothing Phone (2) dijangka akan tampil dengan rekaan kosmetik yang sama seperti generasi sebelum ini namun dengan beberapa penambahbaikan.

Pelancaran rasmi Nothing Phone (2) akan berlangsung pada jam 12 tengah malam (12 Julai) waktu Malaysia dan ianya boleh disaksikan secara langsung di http://nothing.tech

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.