Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y36 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099

 

vivo Y36 5G

vivo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar entry-level vivo V36 5G di Malaysia pada harga RM 1,099.

vivo Y36 5G ini memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.64-inci dengan resolusi FHD+ namun kadar segar semula adalah 60Hz sahaja.

Selain itu, vivo Y36 5G dijana cip 7nm Media53′ Dimensity 6020, 8GB RAM + Extended RAM 3.0 dan storan dalaman 256GB.

Ke bahagian kamera, vivo Y36 5G ini memiliki  sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 16MP.

Seterusnya, Y36 5G disertakan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 44W, FuntouchOS 13 yang berasaskan Android 13, penarafan IP54, sensor capjari pada butang kuasa dan pembesar suara Hi-Res.

vivo Y36 5G kini ditawarkan pada harga RM 1099. Pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar berlesen, E-Store rasmi vivo Malaysia, dan kedai flagship rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada, dan TikTok.

Dari 13 Jun hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli vivo Y36 5G boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM298, termasuk sepasang alat pendengar TWS dan serta jaminan lanjutan selama 1 tahun.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila merujuk kepada laman rasmi vivo Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.