Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri HONOR Magic – Hadiah Istimewa Sempena Hari Ibu Bapa yang serendah RM 4.80 sebulan

HONOR Magic5 Pro merupakan pilihan tepat untuk dijadikan sebagai hadiah sempena Hari Ibu Bapa kerana kualiti skrin dan ciri-ciri yang mengutamakan perlindungan mata.

Berikut 3 manfaat ibu bapa boleh nikmati dari HONOR Magic5 Pro:

 1) Paparan Skrin Unggul – 3 ciri utama perlindungan mata

HONOR Magic5 Pro hadir dengan paparan skrin unggul untuk perlindungan mata, menjadikannya hadiah terbaik untuk golongan berusia. Kamera Pengimejan Super membolehkan ibu bapa merakam detik terindah dengan pantas seperti langkah pertama cucu untuk diabadikan sebagai kenangan.

 2) Tiga Kamera Utama Falcon

Serlahkan bakat terpendam fotografi ibu bapa anda dengan Tiga Kamera Utama Falcon yang menghasilkan kualiti imej tiada tandingan. Sama ada ketika perjumpaan keluarga, percutian atau majlis istimewa, HONOR Magic5 Pro mampu merakam imej seperti pakar.

 Bayangkan ibu bapa anda merakam pemandangan indah semasa percutian keluarga, menghidupkan semula kenangan dengan keupayaan kamera HONOR Magic5 Pro yang mengagumkan.

 3) Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra Sepanjang Hari

Tidak dinafikan kebanyakan golongan berusia sering terlepas pandang hayat bateri ketika menikmati drama bersiri kegemaran atau leka melayan video TikTok berjam-jam. Kini mereka tidak perlu risau kerana HONOR Magic5 Pro dimuatkan bateri berketumpatan tinggi ultra yang bertahan lama untuk sepanjang hari.

 Selain itu, ibu bapa boleh berhubung sepanjang hari dan melayari Facebook atau media sosial lain dengan mudah. Ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara sahabat handai dan saudara mara kerana HONOR Magic5 Pro mampu bertahan sepanjang hari tanpa perlu mengecas semula.

HONOR Magic5 Pro juga menawarkan paparan keselesaan mata terbaik, ciri-ciri kamera tiada tandingan dan jangka hayat bateri lebih lama, menjadikannya peranti paling sesuai memenuhi kehendak ibu bapa dan menambah baik kehidupan seharian mereka.

Pelan Ansuran Keluarga: Sebarkan Keceriaan HONOR

Pelan Ansuran Keluarga Siri HONOR Magic dilancarkan agar keajaiban telefon pintar HONOR mampu dimiliki oleh semua. Tidak kira sama ada anda ibu bapa yang sukakan fotografi, jurugambar profesional yang mahu peningkatan produktiviti, atau pencinta teknologi yang mencari pengalaman flagship mampu milik, HONOR mempunyai semuanya. Dengan faedah0% pelan bayaran ansuran pada harga bermula hanya RM4.80 sehari, anda boleh membawa kegembiraan kepada keluarga anda tanpa menjejaskan kualiti.

Raikan Hari Ibu Bapa penuh bergaya dengan Siri HONOR Magic. Layari laman sesawang rasmi HONOR atau pengedar sah untuk meneroka sepenuhnya pelbagai pilihan telefon pintarHONOR dan memilih yang terbaik untuk yang tersayang.

Abadikan Hari Ibu Bapa sebagai kenangan indah dengan kuasa HONOR di tangan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.