Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12T Pro kini rasmi dengan cip Dimensity 8200 dan skrin 144Hz

Xiaomi Redmi Note 12T Pro

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi model didalam Redmi Note Series iaitu Redmi Note 12T Pro yang dijana cip Dimensity 8200.

Redmi Note 12T Pro ini tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.51-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Ianya juga memiliki sensor utama 64MP bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Seterusnya, cip Dimensity 8200 pada model ini dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 12GB LPDDR5 RAM dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 3.1. Ianya juga memiliki bateri 5,080mAh dengan pengecasan 67W dan MIUI 14 yang berasaskan Android 13.

Selain itu, Xiaomi juga telah mendedahkan bahawa Redmi 12T Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu black, white dan blue pada harga dari CNY 1,599 (RM 1,038).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.