Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kos Bahan bagi Samsung Galaxy S23 Ultra adalah sekitar RM 2,162

Samsung Galaxy S23 Ultra Malaysia

Laporan terbaru Counter Point mendedahkan bahawa kos bahan bagi Samsung Galaxy S23 Ultra adalah $469 iaitu bagi model yang memiliki 8GB RAM dan storan 256GB.

Peratusan terbesar kos bahan (BoM) bagi Galaxy S23 Ultra adalah bagi cipset dan selular pada kadar 34% dan kesemua komponen ini dibekalkan oleh Qualcomm yang termasuk cipset Snapdragon 8 Gen 2, model perhubungan dan sensor capjari ultrasonic.

Kos Bahan bagi Samsung Galaxy S23 Ultra adalah sekitar RM 2,162 3

Selain itu, paparan dan kamera juga mempunyai kos yang tinggi iaitu 14% dan 18% dimana Samsung membekalkan paparan LTPO, memori NAND, bateri dan dua sensor kamera iaitu sensor 200MP HP2 dan sensor selfie 12MP manakala dua sensor 10MP IMX754 dan sensor ultrawide IMX564 dibekalkan oleh Sony.

Walaubagaimanapun, kos BoM ini tidak termasuk kos lain seperti R&D, pemasaran, penghantaran, waranti dan perkhidmatan tambahan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.