Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11 Pro dan realme 11 kini rasmi dengan sensor 100MP dan skrin OLED – harga serendah RM 1,026

realme 11 Series

realme secara rasminya telah memperkenalkan realme 11 Series di pasaran China dan siri ini terdiri daripada tiga model iaitu realme 11, realme 11 Pro dan realme 11 Pro+.

realme 11 Pro Malaysia

Realme 11 Pro

realme 11 Pro tampil dengan rekaan panel belakang yang unik dengan kombinasi modul kamera bulat bersama kulit vegan yang premium hasil rekaan bekas pereka Gucci iaitu Matteo Menotto

realme 11 Pro juga memiliki sensor utama 100MP f/1.75 dengan lensa 26mm dan OIS, ianya juga disertakan kamera makro 2MP dan terdapat kamera selfie 16MP.

realme 11 Pro tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel 10-bit ini juga menyokong HDR10+, 100% liputan DCI-P3, kecerahan maksima 950nits dan PWM Dimming 2,160Hz.

Selain itu, realme 11 Pro dijana cip 6nm Dimensity 7050, sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB dan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 14.

Seterusnya, realme 11 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W yang memberikan 50 pengecasan dalam 18 minit dan Hi-Res Audio.

realme 11 Pro akan ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 1,699 (RM 1,091)

 

realme 11 Malaysia

realme 11

realme 11 tampil dengan skrin paparan (8-bit) AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan sehingga 1,000nits, cip MediaTek Dimensity 6020, dua kapasiti RAM iaitu 8GB atau 12GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 2.2. telefon pintar ini juga mempunyai slot microSD dan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 14.

realme 11 memiliki sensor utama 64MP tanpa OIS dan sensor depth 2MP serta kamera selfie 8MP.

Dalam pada itu, realme 11 juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan 33W (0-50% dalam masa 29 minit) dan terdapat bicu audio 3.5mm.

realme 11 mempunyai harga yang bermula dari CNY 1,599 (RM 1,026).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.