Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 30 kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 dan pengecasan 45W – RM 699

Infinix NOTE 30 Malaysia

Infinix secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar Infinix NOTE 30 Series iaitu Note 30 dan Note 30 Pro di Malaysia.

Infinix NOTE 30 Series membawakan teknologi pengecasan pantas terbaru syarikat ini iaitu All-Round FastCharge dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar.

Infinix NOTE 30 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Helio G99, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Infinix NOTE 30 tampil dengan sensor utama 64MP OmniVision OV64B dengan aperture f/1.7 bersama sensor 2MP dan sensor AI. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri, Infinix NOTE 30 memiliki sel berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan All-Round FastCharge 45W (9V/5A) dan ianya juga mempunyai ketahanan tinggi sehingga 1,000 kitaran serta sokongan pengecasan berbalik.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga memiliki dual-speaker yang dibangunkan JBL, Android 13, NFC, bicu audio 3.5mm dan slot microSD.

Infinix Note 30 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Obsidian Black dan Interstellar Blue  pada harga RM 699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.