Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Infinix HOT 30 – Peranti Entry-Level terbaik untuk gaming

Infinix HOT 30

Pengenalan

Infinix mungkin pendatang baharu didalam pasaran telefon pintar Malaysia namun penawaran produk daripada syarikat ini ternyata telah memberikanya satu permulaan yang baik sekaligus menjadi asas permulaan yang kukuh untuk kekal berdiri tegur untuk pengguna Malaysia.

Isi kotak pembelian Infinix HOT 30

Infinix HOT 30 adalah model yang menjadi tumpuan pada ulasan kami ini dan ianya ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM 599 sahaja.

Berikut adalah ulasan Infinix HOT 30 yang kini tersedia di Malaysia

Reka Bentuk

Infinix HOT 30 mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik yang dipanggil tekstur Shifting Zone. Tekstur ini menggabungkan dua tekstur berbeza menjadi satu estetik yang memberikan pengguna kesan stereoskopik spatial dan kelajuan linear.

Walaupun tampil dipasaran sebagai sebuah telefon pintar kelas entry-level, Infinix HOT 30 tampil dengan rekaan yang agak premium bagi telefon pintar kelas harga ini.

Telefon pintar ini mempunyai rangka yang flat dan ini membolehkan ianya memiliki rangka yang nipis iaitu dengan ketebalan 8.4mm manakala berat adalah sekitar 196gram.

Infinix HOT ini didatangkan didalam tiga pilihan warna iaitu Racing Black, Surfing Green dan Sonic White seperti unit ulasan kami.

Bercakap mengenai kedudukan butang, HOT 30 mempunyai butang kuasa pada bahagian sisi, butang kelantangan suara pada sisi kanan manakala pada bahagian bawah terdapat slot USB-C, gril pembesar suara dan bicu audio 3.5mm. Slot SIM pula diletakkan pada sisi kanan.

Secara keseluruhanya, rekaan Infinix HOT 30 boleh dikatakan sebagai sesuatu yang premium apabila dibandingkan dengan telefon pintar lain pada kelas harga ini namun panel belakang ini dilihat cepat kotor dengan kesan capjari yang jugak agak sukar dibersihkan.

Skrin Paparan

Selain rekaan, Infinix juga memberikan fokus yang spesifik kepada bahagian skrin telefon pintar HOT 30 dan ianya dilengkapi  dengan paparan yang sukar  ditandingi dalam kelasnya, khususnya sokongan kadar segar semula 90Hz yang memberikan pengalaman visual yang memuaskan.

Infinix HOT 30 memiliki  skrin paparan berukuran 6.78-inci yang merupakan panel IPS LTPS dengan resolusi FHD+ (1080×2460 piksel) yang  menawarkan pengguna tiga faedah utama: kadar segar semula 90Hz, resolusi 1080P dan kadar pensampelan sentuhan 270Hz. Ciri ini menjadikan skrin HOT 30 lebih responsif dan memberikan pengalaman gaming yang lebih jelas dan mengasyikkan.

Dalam pada itu, skrin paparan HOT 30 juga dilengkapi teknologi Dark Region Enhancement yang menawarkan

membolehkan 20% peningkatan dalam kecerahan skrin dengan kecerahan maksimum mencecah 600nit. Dengan tambahan teknologi DRE Infinix, skrinnya selesa dan jelas untuk dilihat walaupun dalam keadaan cahaya luar yang terang.

Seterusnya, panel skrin ini juga menyokong paparan gamut warna 96% DCI-P3, memberikan perwakilan warna yang tepat dan rona terang manakala enjin gaming Infinix Dar-Link menjamin anda menikmati kadar bingkai yang konsisten untuk pengalaman permainan yang lebih lancar.

Pemproses

Infinix HOT 30 telah meningkatkan penandaras untuk pengalaman permainan dalam julat harganya dengan penggunaan cip Helio G88

Peranti ini menunjukkan prestasi yang sangat baik apabila diuji dengan permainan popular FreeFire, yang menawarkan permainan yang lancar dan tidak terganggu.

Enjin permainan Dar-Link 3.0 memastikan suhu GPU kekal terkawal, mengelakkan peranti terlalu panas semasa sesi permainan yang berpanjangan.

Infinix HOT 30 memuatkan cip Helio G88 8-teras yang mengagumkan dengan dua teras ARM Cortex-A75 berkuasa yang beroperasi pada frekuensi maksimum 2.0GHz.

Konfigurasi ini memberikan prestasi luar biasa dengan skor penanda aras komprehensif sehingga 253,433 pada AnTuTu.

Selain itu, Infinix HOT 30 juga ternyata berupaya untuk ini mengendalikan permainan mudah alih yang paling mencabar, termasuk genre FPS dan MOBA, dengan mudah dan memastikan pengalaman permainan yang lancar.

Bersama cip MediaTek Helio G88 ini, HOT 30 juga memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ianya juga menyokong sokongan penggunaan storan dalaman sebagai RAM sementara iaitu sehingga 8GB. Ini membolehkan pembukaan aplikasi yang lebih pantas dan keupayaan untuk menampung lebih banyak aplikasi di latar belakang, memberikan pengguna pengalaman mudah alih yang lancar dan cekap.

Dalam pada itu, Infinix HOT 30 juga dijana antaramuka XOS 12.6 yang berasaskan Android 13.

Kamera

Infinix HOT 30 memiliki sensor utama 50MP berkualiti tinggi yang memiliki  aperture f/1.6 yang membolehkan lebih banyak cahaya diserap masuk dan meningkatkan kualiti warna dan imej dalam persekitaran yang terang.

Selain itu, kamera ini menyokong mod malam yang menggunakan algoritma berbilang bingkai untuk menangkap imej malam yang lebih cerah. Ciri-ciri ini memudahkan pengguna untuk menangkap pemandangan malam yang menakjubkan.

Selain itu, HOT 30 juga dilengkapi dengan algoritma superposisi berbilang bingkai yang menawarkan pengguna pelbagai filter pemandangan malam. filter ini membolehkan pengguna untuk menggunakan gaya berbeza pada pemandangan yang sama, menyediakan pelbagai pilihan kreatif untuk fotografi waktu malam.

Bersama sensor 50MP, Infinix juga menyertakan sensor AI bersama lampu flash ‘Quad’.

Dalam pada itu, Infinix HOT juga memiliki kamera selfie 8MP yang turut memberikan hasil gambar swafoto yang memuaskan.

Berikut adalah hasil gambar dari Infinix HOT 30 :

Bateri 

Infinix HOT 30 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang memastikan anda mempunyai sebuah peranti yang tahan lama . Selain itu, telefon ini dilengkapi dengan mod penjimatan kuasa Power Marathon yang boleh memastikan telefon beroperasi sehingga dua jam dengan hanya 5% hayat bateri.

Selain itu, Infinix HOT 30 juga dilengkapi pengecasan 33W memberikan 55% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Penutup

Secara keseluruhanya, Infinix HOT 30 terbukti sebagai sebuah telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang cukup baik untuk menjadi antara yang terbaik pada kelas entry-level.

Penawaran model seperti ini di Malaysia juga telah membolehkan populariti Infinix dikalangan pengguna tempatan telah meningkat.

Akhir kata, Infinix HOT 30 kini ditawarkan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.