Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 30 Pro dan NOTE 30 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini

Infinix NOTE 30

Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Infinix NOTE 30 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini.

Menariknya, Infinix Malaysia juga telah mengesahkan bahawa dua model Infinix NOTE 30 Series ini akan dilancarkan iaitu Infinix NOTE 30 dan Infinix NOTE 30 Pro.

Infinix NOTE 30 Series akan pengguna menawarkan beberapa ciri utama yang tersedia pada harga yang kompetitif, termasuk pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar All-Round FastCharge serta paparan setaraf flagship . Matlamatnya adalah untuk mencipta telefon berprestasi serba boleh yang merevolusikan pengalaman pengguna.

Selain itu, Infinix juga dijangka akan melancarkan edisi khas telefon pintar Infinix NOTE 30 Series dengan kerjasama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Infinix juga merupakan telefon pintar gaming rasmi bagi  MLBB MSL Championship.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.