Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp perkenal ciri Chat Lock – kunci perbualan dengan mudah dan selamat

Whatsapp Chat Lock

WhatsApp telah mengumumkan penawaran ciri Chat Lock yang membolehkan anda menetapkan kata laluan bagi satu-satu perbualan didalam aplikasi permesejan ini.

Penawaran ciri Chat Lock yang lebih spesifik ini membolehkan anda melindungi perbualan peribadi yang lebih sesuai untuk dibaca oleh anda sahaja dan ianya akan dikunci menggunakan kata laluan atau ciri biomterik seperti capjari atau Face ID.

Selain mengunci perbualan ini, Chat Lock juga akan memastikan sebarang notifikasi yang diterim daripada perbualan yang dikunci tidak dipaparkan pada bahagian notifikasi.

Pengaktifan ciri Chat Lock adalah sangat mudah dimana anda hanya perlu tap pada senarai perbualan dan pilih untuk Chat Lock yang mana ianya menyokong perbualan individu atau kumpulan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.