Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A98 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

OPPO A98 5G

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar OPPO A98 5G di Malaysia dengan harga jualan RM 1,399.

OPPO A98 5G memiliki skrin paparan berukuran 6.72-inci  dengan kadar segar semula  120Hz yang mana ianya adalah panel LTPS LCD dengan resolusi FHD+.

Selain itu, telefon pintar terbaru OPPO ini dijana cip Snapdragon 695 5G, 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan antaramuka ColorOS 13.1.

Seterusnya, OPPO A98 5G juga memiliki sensor utama 64MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Bercakap mengenai bateri, OPPO A98 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC yang memberikan 100% pengecasan didalam hanya 44 minit sahaja. Tambahan pula, A98 5G juga dilengkapi dengan Enjin Kesihatan Bateri OPPO, membolehkan bateri mengekalkan 80% daripada kapasiti asalnya selepas sebanyak 1,600 kitaran pengecasan.

OPPO A98 5G kini telah ditawarkan  untuk pratempahan dari 15 Mei hingga 18 Mei 2023 dengan harga RM1,399.

Para pelanggan yang membuat pratempahan OPPO A98 5G juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM377 yang turut termasuk sebuah OPPO Band, TWS OPPO, dan tambahan waranti 1 tahun.

Para pelanggan kini juga boleh memilih untuk membuat pratempahan di kesemua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO dan Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO.

Untuk maklumat lanjut berkenaan OPPO A98 5G, sila lawati https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a98-5g/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.