Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) akan dilancarkan tidak lama lagi – guna cip Snapdragon 8 Series

Nothing Phone (2)

Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi baharu telefon pintar mereka iaitu Nothing Phone (2) akan dilancarkan tidak lama lagi.

Nothing Phone (2) telah disahkan akan dijana cip Snapdragon 8 Series yang menjadikan telefon pintar ini sebagai sebuah peranti premium yang lebih setaraf kepada peranti flagship lain dipasaran.

Selain itu, Nothing Phone (2) juga akan dilancarkan di Amerika Syarikat selepas Nothing Phone (1) tidak ditawarkan dipasaran itu.

Menyentuh sedikit mengenai rekaan, Nothing Phone (2) dijangka akan tampil dengan rekaan lutsinar yang sinonim dengan produk syarikat ini dan ianya akan turut mempunyai ciri notifikasi Glyph.

Daftar minat bagi Nothing Phone (2) di SINI

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.