Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Ultra kini ditawarkan didalam tiga warna baharu

Xiaomi 13 Ultra

Bulan lalu Xiaomi telah mengumumkan telefon pintar flagship Xiaomi 13 Ultra dan ketika pelancaran, ianya hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Black, White dan Olive Green.

Terbaru, Xiaomi telah mengumumkan penawaran tiga lagi warna baharu bagi Xiaomi 13 Ultra yang kini ditawarkan dipasaran China iaitu Starry Sky Blue, Cabernet Orange dan Ginkgo Yellow.

Selain itu, ketiga-tiga warna baharu ini juga menampilkan bingkai aluminium berwarna hitam dan gelung kamera berwarna grafit.

Seterusnya, Xiaomi 13 Ultra didalam pilihan warna baharu ini akan ditawarkan didalam varian 16/512GB dalam kuantiti terhad pada harga CNY 6,499 (RM 4,171).

Buat masa ini pelancaran global Xiaomi 13 Ultra masih belum diketahui.

Xiaomi 13 Ultra kini rasmi dengan 4 sensor 50MP dan aperture fizikal

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.