Fon kepala Jabra Evolve2 dan pembesar suara profesional Jabra Speak2 kini rasmi di Malaysia
Jabra Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan peranti audio terbaru mereka dibawah siri Jabra Evolve2 dan Jabra Speak2.
Siri Jabra Evolve2 menyaksikan penambahan tiga model fon kepala kelas pertengahan yang baharu iaitu Jabra Evolve2 65 Flex, Evolve2 50 dan Evolve2 55 yang menyokong kerja dari mana-mana sahaja.
Sementara itu, siri fon pembesar suara profesional Jabra yang menerajui pasaran turut menyaksikan pelancaran Jabra Speak2 75, Speak2 55 dan Speak2 40 yang menawarkan kemudahan pergerakan, kejelasan dan kualiti bunyi yang kekal unggul.
Jabra Evolve2
Set kepala Evolve2 baharu direka untuk memperkasakan pengguna dengan ciri-ciri yang paling bermanfaat dan profesional untuk melindungi zon tumpuan mereka dan membolehkan mereka menerima panggilan dan menyertai mesyuarat walau di mana mereka berada.
Di samping itu, dengan set kepala Evolve2, pengguna tidak perlu menukar set kepala di waktu rehat kerana ia mengoptimakan bunyi untuk panggilan profesional dan muzik. Jabra Evolve2 65 Flex begitu menonjol dengan reka bentuk unik fold-and-go dengan cekak kepala berengsel yang boleh dilipat, earcup yang lebih nipis, dan lengan boom lebih pendek yang boleh disembunyikan.
Dengan set kepala ini, pengguna boleh berasa yakin bahawa suara mereka dapat didengar dengan jelas walaupun di tempat yang bising, yang dibawakan oleh cipset yang berkuasa, algoritma digital termaju, dan mikrofon beamforming Jabra ClearVoice bagi kegunaan pejabat terbuka.
Cipset dan teknologi pembatalan hingar membawakan Pembatalan Hingar Aktif Hibrid (ANC) yang terbaik dalam kelasnya* dan earcup memory foam dengan padanan yang rapat membantu mengedap lebih banyak bunyi persekitaran.
Selain itu, set kepala ini menampilkan teknologi Jabra Air Comfort dan earcup fleksibel yang bergerak mengikut pergerakan pengguna – yang menjadikan set kepala ini benar-benar selesa, walaupun dipakai berjam-jam.
Jabra juga membawakan Pembatalan Hingar Aktif (ANC) dalam rangkaian set kepala profesional yang lebih luas, dengan pilihan tanpa wayar, Evolve2 55, dan versi berwayar, Evolve2 50. Set kepala tersebut direka dengan ANC yang berkuasa dengan reka bentuk ruang akustik unik, pembesar suara khusus 28mm, cipset yang direka khas yang mengupayakan pengasingan suara, dan dua mikrofon pembatalan hingar premium.
Produk Evolve2 Mid Range diiktiraf untuk semua platform persidangan maya terkemuka, seperti Microsoft Teams, Google Meet dan Zoom.
Berikut adalah harga bagi Jabra Evolve2 di Malaysia :
Evolve2 50 Stereo RM1,180
Evolve2 55 Stereo RM1,580
Evolve2 65 Flex RM1,880
Jabra Speak2
Rangkaian Speak2 baharu direka khusus untuk memenuhi keperluan bagi pembesar suara pintar yang direka untuk mengendalikan apa sahaja yang perlu dihadapi dalam kesibukan hari kerja hibrid, sama ada sidang mesyuarat, panggilan langsung, penstriman media, pembentangan, atau sekiranya walau di mana sahaja anda bekerja.
Rangkaian Speak2 direka supaya melangkaui standard prestasi fon pembesar suara, dan audio full duplex yang sesuai untuk semua peserta persidangan supaya mereka bukan hanya dapat didengari, tetapi juga diberi perhatian.
Lingkaran cahaya 360 darjah menunjukkan kepada pengguna mutu suara mereka yang dikesan oleh mikrofon, supaya pengguna berasa yakin kerana dapat tampil benar-benar profesional walau di mana mereka bekerja.
Fon pembesar suara ini menampilkan pembesar suara full-range termaju 65mm, yang membawakan pengalaman audio yang jauh lebih berkuasa untuk memastikan mesyuarat yang jauh lebih efisien dan produktif.
Speak2 40 menawarkan talian langsung menerusi kabel USB kepada pengguna manakala Speak2 75 atau Speak2 55 pula memberikan pilihan penggunaan secara tanpa wayar menerusi Bluetooth.
Setiap produk Speak2 juga direka supaya dapat digunakan dengan semua platform persidangan maya utama.
Berikut adalah harga bagi Jabra Speak2 di Malaysia :
Jabra Speak2 40 RM1,080
Jabra Speak2 55 RM1,180
Jabra Speak2 75 RM2,380