Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) disahkan antara yang terawal terima Android 14 Beta 1

Nothing Phone (1) Android 14

Sidang Google I/O telah dijadualkan akan berlangsung pada 10 Mei ini dan agenda utama yang akan diperkatakan sudah pastinya mengenai Android 14 dan pelancaran program beta.

Walaubagaimanapun, Google dilaporkan telah mula menghantar jemputan akses awal kepada pengeluar telefon pintar untuk memastikan proses integrasi berlaku lebih cepat dan lancar.

Didalam satu kenyataan rasmi, Nothing telah mengumumkan bahawa Nothing Phone (1) akan menerima kemaskini Android 14 Beta 1 dan ini adalah satu detik bersejarah bagi syarikat yang hanya mempunyai satu model telefon pintar.

Ini akan menjadi kemaskini Android kedua bagi Nothing Phone (1) yang dilancarkan dengan Android 12 tahun lalu.

Memandangkan Nothing OS mempunyai ciri hampir sama Android yang asli, kemaksini Android 14 dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk ditawarkan kepada pengguna Nothing Phone (1).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.