Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A54 5G – lebih dari sekadar telefon pintar – teman terbaik awe-day dan awe-night

Kita semua mungkin sedar bahawa telefon pintar kita telah menjadi lebih daripada sekadar aksesori atau sebuah medium komunikasi.

Telefon pintar kini menjadi alat untuk mengekspresikan diri kita, untuk berhubung dengan orang lain, dan kadang-kadang juga mengeluarkan kita dari kesibukan dunia di sekeliling kita,.

Samsung Galaxy A54 5G dilancarkan bukan sahaja untuk menjadi telefon pintar anda yang seterusnya, tetapi juga untuk memikul peranan sebagai teman anda yang berusaha untuk mengubah kerja harian dan bermain awe-day dan awe-night.

Hidupkan fotografi malam dengan lebih Awesome 

Mempunyai rancangan lewat malam? Samsung Galaxy A54 5G ialah rakan hebat yang membantu anda mengambil gambar setiap ingatan istimewa walaupun pada waktu malam.

Setiap gambar yang diambil memiliki perincian yang menakjubkan tentang segala-galanya, daripada parti hingga sesi makan malam lewat malam bersama rakan-rakan dengan ciri Nightography Galaxy A54 5G.

Mempunyai tangan yang tidak stabil? Telefon pintar ini juga memiliki penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan digital video (VDIS) yang dipertingkatkan dan ini membolehkan anda mengambil kandungan hebat dengan kejelasan yang menakjubkan untuk menarik perhatian rakan anda.

Untuk menyediakan imej ini untuk dimuat naik di media sosial atau perkongsian dengan rakan dan keluarga, gunakan sepenuhnya alatan suntingan yang dipertingkatkan seperti Photo Remaster dan Object Eraser pada Galaxy A54 5G untuk memadam bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dengan hanya satu swipe!

Teman Hiburan Awesome

 Nikmati  hiburan yang mengagumkan pada telefon pintar Galaxy A54 5G anda yang disertakan dengan langganan  YouTube Premium percuma untuk dua bulan yang membolehkan anda melayan YouTube untuk tanpa iklan dan secara offline.

Paparan Super AMOLED berukuran 6.4 inci pada Galaxy A54 5G juga menjadikannya lebih mudah untuk anda menonton drama kegemaran anda semasa dalam perjalanan. Sama ada anda berada di dalam bas atau di kafe, Vision Booster siri Galaxy A yang dipertingkatkan dan kadar segar semula 120Hz memastikan keterlihatan yang jelas semasa anda bergerak dalam keadaan pencahayaan yang berbeza seperti cahaya matahari yang terang.

Samsung Galaxy A54 5G juga mempunyai bateri 5,000mAh tahan lama yang bertahan lebih daripada dua hari, membolehkan anda menikmati semua hiburan dan drama yang menarik sekali gus.

Untuk pengalaman menonton yang mengasyikkan, gandingkan telefon pintar siri Galaxy A anda dengan Galaxy Buds2 Pro sambil anda berehat dan nikmati rancangan pilihan anda sepanjang hari.

Juru Motivasi Awesome Anda

Mengutamakan kesihatan fizikal anda pada tahun 2023? Galaxy A Series akan menjadi rakan senaman yang hebat untuk membantu memotivasikan anda sepanjang hari untuk menjadi lebih cergas.

Jika anda suka melakukan aktiviti luar yang hebat, siri Galaxy A boleh digandingkan dengan Galaxy Watch5 Pro untuk meningkatkan aktiviti berjalan, berlari, mendaki atau berbasikal anda yang seterusnya.

Anda juga boleh bersenam dengan yakin, mengetahui bahawa telefon pintar Galaxy A54 anda dilengkapi dengan perlindungan kalis air dan habuk IP67.

Perkemaskan keseluruhan proses dengan mencapai matlamat kesihatan anda dengan cerapan komposisi Galaxy Watch5 Pro seperti peratusan lemak badan (BIA) dan berat otot rangka.

Pembantu Awesome Anda

Mengusahakan projek sekolah mega? Anda boleh menikmati storan awan 100GB dengan telefon pintar  Galaxy A54 5G anda dan menyandarkan foto dengan mudah ke OneDrive melalui langganan percuma enam bulan Microsoft 365 Basic.

Anda juga boleh sync foto anda dan mengaksesnya dengan lancar antara peranti Samsung Galaxy untuk menambah produktiviti mesyuarat projek dengan rakan kumpulan anda.

Selain itu, ciri Link to Windows  juga memberikan anda akses segera kepada semua yang anda perlukan daripada telefon anda terus pada PC anda.

Anda boleh melihat dan membalas mesej teks, membuat dan menerima panggilan, melihat semua imej anda, menyalin dan menampal fail dengan mudah dari telefon anda ke PC anda dan banyak lagi.

Jika anda perlu menghantar data sensitif dan sulit, gunakan ciri Private Share  dan kongsi fail kepada penerima yang ditetapkan dengan had masa dan ciri screenshot dinyahaktifkan, untuk tahap privasi dan kawalan tertinggi.

Selain itu, Modes & Routines merupakan satu lagi ciri  yang anda perlukan! Peribadikan automasi anda sendiri, seperti apabila telefon anda harus berada didalam mod Silent, mengaktifkan ciri Eye Comfort Shield, memainkan muzik di dalam kereta, membaca notifikasi dengan kuat, menetapkan resolusi optimum semasa anda menonton filem dan banyak lagi!

Miliki Galaxy A54 5G yang tampil didalam warna Awesome

Samsung Galaxy A54 5G amat sesuai dengan setiap gaya anda dan ianya  kini tersedia didalam warna Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome Graphite, dan Awesome White pada harga RM 1,899.

Daripada merakam video yang mantap dan jelas atau hanya melakukan perkara yang anda suka,  Galaxy A Series mempunyai kemampuan untuk menjadikan hari anda lebih awesome.

Maklumat lanjut di Samsung Malaysia

Baca ULASAN : Samsung Galaxy A54 5G – Midrange Premium Yang Mirip Galaxy S23 Series

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.