Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 mungkin dilancarkan pada bulan Julai

Susulan pelancaran Galaxy S23 Series dan Galaxy A Series, pelancaran Unpacked Samsung yang seterusnya dikatakan akan berlangsung lada bulan Julai yang mana ianya adalah lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Walaupun masih tidak disahkan secara rasmi, Samsung Unpacked ini akan menyaksikan pelancaran telefon pintar foldable Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5.

Selain Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5, Samsung juga akan memperkenalkan Galaxy Watch6 dan Galaxy Tab S9 Series.

Pelancaran lebih awal mungkin tidak membawa apa apa perubahan kepada pengguna namun Samsung mungkin sedar bahawa persaingan bagi pasaran foldable juga sudah mula sengit dan pelancaran lebih awal memberikan bakal pembeli satu pilihan dengan teknologi lebih baik.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.