Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Ultra disahkan akan memiliki 4 sensor 50MP daripada Sony

Xiaomi telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship Xiaomi 13 Ultra akan dilancarkan pada 18 April ini dan pengesahan rasmi ini kini disusuli dengan maklumat sensor yang akan digunakan.

Xiaomi 13 Ultra akan memiliki 4 sensor kelas flagship yang mana sensor utama adalah sensor 1-inci 50MP IMX989 yang digunakan pada Xiaomi 12S Ultra.

Selain itu, tiga lagi sensor yang akan digunakan pada telefon pintar ini adalah sensor 50MP IMX858 yang akan dipadankan dengan lensa ultrawide, lensa telefoto 3x dan lensa telefoto periskop 5x.

Xiaomi 13 Ultra

Selain itu, Xiaomi 13 Ultra akan menampilkan penggunaan lensa Summicron yang baharu dan ciri fotografi Leica.

Pelancaran global Xiaomi 13 Ultra akan berlangsung pada 18 April ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.