Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11 2023 dan Watch GT Cyber kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia

HUAWEI MatePad 11 2023

HUAWEI MatePad 11 2023 dan HUAWEI Watch GT Cyber yang kini telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan produk baharu kepada barisan produk Huawei ini dijangka akan diterima baik di pasaran dengan ciri-ciri canggih dan reka bentuk yang anggun.

HUAWEI MatePad 11 2023, ialah tablet berprestasi tinggi yang direka untuk meningkatkan pengalaman digital dan produktiviti anda. Dengan produktiviti setaraf pada komputer riba dan paparan 11-inci yang menyokong resolusi 2560×1600 piksel, ianya amat sempurna untuk penstriman video, bermain permainan video atau bekerja semasa dalam perjalanan.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11 2023 juga dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, yang sesuai untuk mengambil gambar dan video.

HUAWEI MatePad 11 2023 yang berharga RM 1,799 ini turut menampilkan bateri yang menawarkan sehingga 12 jam penggunaan berterusan didalam satu pengecasan.

Dapatkan HUAWEI MatePad 11 sekarang dan anda juga akan menerima HUAWEI M-Pencil bernilai RM499 secara percuma.

 

HUAWEI Watch Cyber

HUAWEI Watch GT Cyber

HUAWEI Watch GT Cyber pula ialah jam pintar generasi baharu yang dipertingkatkan didalam siri HUAWEI Watch GT yang popular.

Ia dilengkapi dengan paparan AMOLED 1.32-inci yang mempunyai resolusi 466×466 piksel, menjadikannya mudah dibaca walaupun dalam cahaya matahari langsung.

Selain itu, ia turut dilengkapi lebih daripada 100 mod senaman, termasuk berlari, berbasikal, berenang dan banyak lagi.

Seterusnya, HUAWEI Watch GT Cyber juga menyokong lima sistem satelit yang berbeza seperti penjejakan GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo dan QZSS, yang memudahkan untuk menjejaki lokasi anda semasa bersenam.

Watch GT Cyber boleh didapati dalam dua warna iaitu Midnight Black pada harga RM999, atau Golden Black, pada harga RM1,099.

Walaubagaimanapun, anda kini boleh menikmati diskaun 20% untuk Watch GT Cyber Strap dengan pembelian HUAWEI Watch GT Cyber dan potongan sehingga RM220 untuk pembelian unit kedua HUAWEI Watch GT Cyber.

Kedua-dua Watch GT Cyber dan MatePad 11 2023 beroperasi pada sistem pengendalian HUAWEI HarmonyOS, yang menyediakan pengalaman pengguna yang lancar merentas semua peranti.

Sistem pengendalian ini juga membolehkan pengguna menyambungkan peranti HUAWEI mereka dengan mudah dan berkongsi data antara mereka.

Secara keseluruhannya, HUAWEI Watch GT Cyber dan HUAWEI MatePad 11 2023 ialah dua penambahan yang mengagumkan pada barisan produk Huawei.

MatePad 11 2023 kini boleh dibeli melalui laman rasmi HUAWEI Malaysia, stor rasmi HUAWEI di Shopee dan stor rasmi HUAWEI di Lazada manakala HUAWEI Watch GT Cyber kini ditawarkan secara eksklusif di Urban Republic

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.