Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 7 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Mei 2023

ASUS ROG Phone 7 Series Malaysia

Sejurus selepas pengumuman rasmi, ASUS Malaysia telah mengesahkan bahawa ROG Phone 7 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Mei 2023.

Telefon pintar gaming terbaru ASUS ini mempunyai dua model iaitu ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate yang kedua-dua model ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Selain itu, ROG Phone 7 Series juga akan memiliki skrin paparan Samsung AMOLED HDR10+ berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 165Hz dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus, sensor utama 50MP IMX766 dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan HyperCharge 65W.

Maklumat harga dan promosi jualan bagi ASUS ROG Phone 7 Series di Malaysia akan diumumkan pada majlis pelancaran yang akan berlangsung hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.