Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Ultra disahkan akan dilancarkan di pasaran global bulan ini

Xiaomi 13 Ultra Malaysia

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship 13 Ultra akan dilancarkan pada bulan ini.

Lebih menarik adalah Xiaomi 13 Ultra akan turut dilancarkan untuk pasaran global selepas Xiaomi 12S Ultra ditawarkan eksklusif di China sahaja.

Selain itu, Leica juga telah mengesahkan bahawa 13 Ultra akan tampil sistem kamera unik yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar dan ianya juga akan memiliki lensa Summicron yang baharu.

Selain daripada ini, tiada sebarang maklumat lain mengenai Xiaomi 13 Ultra didedahkan namun pengesahan penawaran global adalah sesuatu yang pasti disambut baik oleh peminat Xiaomi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.