Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

e-reader Rakuten Kobo Elipsa 2E kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,019

Rakuten Kobo secara rasminya telah melancarkan e-pembaca Kobo Elipsa 2E, yang sedia untuk menambah baik pengalaman membaca dan menulis digital bagi pembaca .

Kobo Elipsa 2E juga disertakan dengan stylus Kobo Stylus 2 yang ergonomik dan boleh dicas semula serta mudah disimpan dengan lekapan magnet pada Kobo Elipsa 2E.

Rakuten Kobo telah meneliti pengalaman membaca dan menghasilkan pakej membaca dan menulis terbaik dalam kelasnya menerusi Kobo Elipsa 2E.

Kobo Elipsa 2E memiliki skrin sesentuh E-Ink berukuran 10.3-inci bersama ciri ComfortLight PRO untuk mengurangkan cahaya biru dan keletihan mata.

Kobo Elipsa 2E membolehkan anda mencipta dan menyusun nota dan mengeksport menggunakan kemudahan simpanan awan bersepadu.

Anda boleh membawa seluruh koleksi e-buku dan semua nota anda bersama di mana sahaja anda berada dengan keupayaan simpanan 32GB dan hayat bateri yang mampu bertahan beberapa minggu dengan satu pengecasan sahaja.

Selain membaca e-buku, anda boleh beralih dengan mudah kepada pendengaran buku audio Kobo menggunakan teknologi tanpa wayar Bluetooth®.

Selain itu, penggunaan Kobo Elipsa 2E juga meninggalkan impak yang lebih mesra alam dengan kerangka luar plastik yang merangkumi 85% bahan kitar semula, termasuk 10 peratus plastik buangan lautan .

Turut disertakan bersama adalah Kobo Elipsa 2E SleepCover yang mesra alam yang diperbuat daripada 97 peratus plastik kitar semula, termasuk 10 peratus plastik buangan lautan.

Kobo Elipsa 2E, dengan Kobo Stylus 2, kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,019 di www.kobo.com/ereaders dan rakan niaga terpilih.

Pratempahan boleh dilakukan mulai 5 April dan peranti in boleh didapati di stor fizikal dan di dalam talian mulai 19 April ini.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.