Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic5 Pro kini rasmi di Malaysia – harga RM 4,299

Honor secara rasminya telah melancarkan Honor Magic5 Series di Malaysia selepas telefon pintar ini membuat penampilan global di Mobile World Congress bulan lalu.

Honor Magic5 Series terdiri daripada dua model iaitu Magic5 Pro dan Magic5.

Honor Magic5 Pro

Honor Magic5 Pro hadir dengan skrin paparan Quad Curved OLED LTPO berukuran 6.81-inci dengan kadar segar semula 120Hz, 2160Hz PWM dimming, kecerahan maksima sehingga 1,300nits (1,800nits pada SuperHDR), ciri Super Dynamic Display dan HDR10+.

Honor juga telah menggunakan pelbagai teknologi yang akan membantu mengurangkan kesan kepada mata dan tidur.

Dari segi dalaman, Honor Magic5 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB RAM jenis LPDDR5x dan storan dalaman  512GB jenis UFS 4.0 serta antaramuka Magic UI 7.0 yang berasaskan Android 13.

Bercakap mengenai bahagian kamera, Magic5 Pro tampil dengan reka bentuk modul kamera Starwheel Triple Camera yang diperbuat daripada satu keping keluli unibodi yang premium dan turut mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Selain itu, Honor Magic5 Pro dilengkapi tiga sensor iaitu sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto persikop 50MP yang turut memiliki OIS dan menyokong mod makro sedekat 30cm yang mana sistem kamera ini telah diiktiraf sebagai yang terbaik oleh DxOMark dengan 152 mata.  Kamera selfie adalah unit 12MP bersama ciri 3D facial recognition.

Selain itu, Honor Magic5 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dengan sokongan pengecasan 66W Honor SuperCharge  dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Honor Magic5 Pro kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Meadow Green dan Black pada harga RM 4,299 dengan ganjaran pra-tempahan bernilai RM 1.200.

Baca : ULASAN : HONOR Magic5 Pro – Prestasi dan Sistem Kamera yang Menyeluruh

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.