Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 turut dilancarkan – harga dari RM 699

Xiaomi Redmi Note 12 5G

Pelancaran Xiaomi Redmi Note 12 Series di Malaysia juga menyaksikan syarikat ini memperkenalkan Redmi Note 12 dan Redmi Note 12 5G.

Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ 5G kini rasmi dengan sensor 200MP – harga RM 1,599

Redmi Note 12 5G

Xiaomi Redmi Note 12 5G  tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Telefon pintar ini tampil dengan cip Snapdragon 4 Gen 1 dan ianya dipadankan dengan  8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Redmi Note 12 5G juga memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP bersama sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 13MP.

Ianya juga berkongi kapasiti bateri yang sama iaitu 5,000mAh dengan pengecasan 33W.

Redmi Note 12 5G ditawarkan didalam warna Onyx Gray, Mint Green and Ice Blue pada harga RM 1,099

 

Xiaomi Redmi Note 12

Xiaomi Redmi Note 12 juga tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Telefon pintar ini tampil dengan cip Snapdragon 685 dan ianya dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB .

Selain itu, Redmi Note 12 juga memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 13MP.

Ianya juga berkongi kapasiti bateri yang sama iaitu 5,000mAh dengan pengecasan 33W.

Redmi Note 12 ditawarkan didalam warna Onyx Gray, Forest Green dan Ice Blue pada harga RM 699 bagi versi 6/128GB dan RM 799 bagi versi 8/128GB.

Xiaomi Redmi Note 12 Series

Harga dan Pra-tempahan

Pra-tempahan Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 akan dibuka mulai 6 April sehingga 13 April 2023 dengan hadiah percuma satu unit Redmi Smart Band 2 manakala jualan rasmi akan bermula dari 14 April dengan hadiah percuma Redmi Buds 4 Lite.

Dalam pada itu, Xiaomi Redmi Note 12 versi 6/128GB akan turut ditawarkan secara eksklusif di platfrom edagang pada harga istimewa RM 659 dengan hadiah percuma yang sama.

Xiaomi Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 akan ditawarkan di stor rasmi Xiaomi Malaysia, wakil pengedar sah rasmi dan di atas talian di Lazada dan Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.